-->

Dunia Sains Dan Teknologi

Selamat datang ke laman blog peribadi saya. Nama saya Loh Siew Yoke dari kumpulan EL-J03 dengan nombor kad pengenalan 790928085590 dan nombor matrik D20112052773. Blog ini tidak mengkhusus kepada apa-apa bidang. Entri yang terkandung dalam blog ini adalah hasil usaha saya sendiri. Sekian dimaklumkan dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Saya cikgu baru belajar..kalau salah, tolong tunjukkan..

  • Home
  • Gallery
  • Video
  • About Me

Ahad, 4 November 2012

Pengenalan Blog

Tahun ini adalah kali pertama saya diberi tugas untuk mengajar mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi dalam bentuk kurikulum yang baru iaitu KSSR kepada muird-murid kelas LINUS. Ini merupakan satu cabaran baru bagi saya untuk memastikan kesesuaian murid-murid saya yang semuanya mempunyai masalah dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu supaya dapat menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.  

KSSR adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah , sebuah kurikulum yang digubal bagi menggantikan kurikulum-kurikulum yang lama :


  1. 1983 - KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
  2. 1993 - KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
  3. 2003 - KBSR Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
  4. 2010 - KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Apa bezanya DST (Dunia Sains Teknologi) dengan Sains PPSMI ?  Banyak sebenarnya. Science PPSMI berfokus kepada 5 tema utama : Living Thing, Force And Energy, Materials, Astronomy and Technology. Sementara DST pula mempunyai dua elemen berbeza iaitu Sains dan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Keduanya ini diajar berasingan. 48 waktu untuk Sains dan 12 waktu untuk TMK.Walaubagaimanapun,semasa mengajar Sains terdapat satu EMK (elemen merentas kurikulum ) dan TMK dimasukkan sebagai satu alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sedikit info tentang subjek Dunia Sains Dan Teknologi adalah:

  1. Memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’.
  2. Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. 
  3. Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.
  4. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.
  5. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 
  6. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

Oleh kerana pencapaian dalam pelajaran anak murid saya yang sentiasa merosot, masalah tingkah laku, masalah tulisan, masalah bacaan, masalah pengamatan dan banyak lagi masalah yang perlu diambil perhatian serius. Masalah-masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Saya harus peka bahawa murid-murid yang dikenal pasti bermasalah ini harus segera diberi pertolongan yang sesuai jika mahukan mereka kembali ke tahap yang normal seperti murid lain.

Blog ini adalah sumbangan dan idea saya tentang maklumat dan proses penyediaan P&P untuk mata pelajaran Sains yang berkaitan dengan topik haiwan. Maklumat-maklumat seperti RPH, powerponit, lembaran kerja dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan topic ini akan saya sediakan dalam blog saya. Marilah bersama-sama berkongsi pengalaman di sini dan segala pandangan akan saya terima . 



Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 8:16 PTG
1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Cara Pergerakan Haiwan



Cara pergerakan haiwan from d052773





Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 7:30 PG
1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 3 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian

RPH Sains (Blog)


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 10:14 PTG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Contoh Lembaran Kerja

lembaran kerja


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 7:30 PTG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Laporan Refleksi

Pengenalan

Pada 1Oktober 2012, bersamaan dengan Hari Jumaat yang lepas, saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai topik pembelajaran “ Cara Pergerakan Haiwan” di bawah tema Haiwan. Pengajaran makro saya telah dijalankan selama setengah jam (30 minit).

Pada pengajaran makro tersebut, saya telah mengajar cara pergerakan haiwan berdasarkan pemerhatian dan membimbing murid untuk membuat kesimpulan pada peringkat penstrukturan semula idea, membincangkan lembaran kerja dan seterusnya membuat penutup akademik dan menguji kefahaman murid untuk peringkat refleksi.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro, memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah saya kemukakan, serta proses-proses dan perasaan semasa menjalankan pengajaran semula makro berdasarkan rakaman dan maklum balas rakan sekerja yang menolong saya merakam video.


Sharing is caring ^_^

Baca lagi »
Posted by Unknown at 8:30 PG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 1 November 2012

Video Makro Pengajaran


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 6:30 PG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pembudayaan ICT Di Sekolah

Pembudayaan ict from d052773


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 6:02 PG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pihak Pentadbir Dan Guru-guru Di SJK(C) Chien Chi


Click To Enlarge


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 1:00 PG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Gallery

Rabu, 31 Oktober 2012

Kelas Saya (Kelas 1B)



Click To Enlarge


Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 10:30 PTG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Gallery

Aktiviti-aktiviti Murid Di Sekolah








Sharing is caring ^_^

Baca lagi »
Posted by Unknown at 9:08 PTG
Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: Gallery
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)

Google Translate

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Jadual tugasan setiap minggu

Notis penting

Facebook 电子名片

Loh Siew Yoke

创建你的Facebook电子名片

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Loh Siew Yoke

Loh Siew Yoke

Berapa orang sedang melayari blog saya

Berapa lama berada di tapak ini

Pengikut

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya



Arkib Blog

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  November (8)
      • Pengenalan Blog
      • Cara Pergerakan Haiwan
      • Rancangan Pengajaran Harian
      • Contoh Lembaran Kerja
      • Laporan Refleksi
      • Video Makro Pengajaran
      • Pembudayaan ICT Di Sekolah
      • Pihak Pentadbir Dan Guru-guru Di SJK(C) Chien Chi
    • ►  Oktober (5)
Tinggal jejak ye.. ^_^
Background.MyEm0.Com
Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh merrymoonmary. Dikuasakan oleh Blogger.
Copyright© All Rights Reserved D052773.blogspot.com