-->

Selamat datang ke laman blog peribadi saya. Nama saya Loh Siew Yoke dari kumpulan EL-J03 dengan nombor kad pengenalan 790928085590 dan nombor matrik D20112052773. Blog ini tidak mengkhusus kepada apa-apa bidang. Entri yang terkandung dalam blog ini adalah hasil usaha saya sendiri. Sekian dimaklumkan dan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Saya cikgu baru belajar..kalau salah, tolong tunjukkan..

  • Home
  • Gallery
  • Video
  • About Me

Sabtu, 3 November 2012

Laporan Refleksi

Pengenalan

Pada 1Oktober 2012, bersamaan dengan Hari Jumaat yang lepas, saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai topik pembelajaran “ Cara Pergerakan Haiwan” di bawah tema Haiwan. Pengajaran makro saya telah dijalankan selama setengah jam (30 minit).

Pada pengajaran makro tersebut, saya telah mengajar cara pergerakan haiwan berdasarkan pemerhatian dan membimbing murid untuk membuat kesimpulan pada peringkat penstrukturan semula idea, membincangkan lembaran kerja dan seterusnya membuat penutup akademik dan menguji kefahaman murid untuk peringkat refleksi.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari daripada pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro, memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah saya kemukakan, serta proses-proses dan perasaan semasa menjalankan pengajaran semula makro berdasarkan rakaman dan maklum balas rakan sekerja yang menolong saya merakam video.


Kekuatan-kekuatan yang dikenalpasti

Sepanjang menjalankan pengajaran makro, saya sedar bahawa saya dapat mengurus dan mengawal bilik darjah dengan tersusun dan berkesan. Hal ini demikian kerana saya telah menggunakan pelbagai cara dan “cue” untuk mengawal keadaan dalam bilik darjah. Sebagai contoh, saya telah meminta murid-murid untuk mengangkat tangan jika ingin menjawab soalan. Apabila saya mendapati bahawa murid-murid mula berbual-bual semasa sendiri atau kurang memberikan fokus kepada pembelajaran, saya akan bertepuk tangan atau bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan perhatian mereka.

Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Daripada pemahaman yang lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008). Seramai 32 orang murid dalam kelas saya 1B semuanya adalah murid LINUS. Oleh itu, semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid kepada mereka. Semasa membincangkan latihan, saya akan berinteraksi dengan murid dan melibatkan murid dalam perbincangan dengan meminta murid-murid memberikan pendapat atau jawapan mereka, dan bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada mereka bersetuju dengan jawapan murid tersebut.

Pelbagai teori, kaedah, dan teknik juga saya aplikasikan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut. Antaranya ialah teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan terhadap murid-murid saya. Saya turut menggunakan pengajaran ekspositori apabila saya “bersyarah” dan memberitahu murid-murid tentang kepentingan untuk bergerak bagi benda-benda yang hidup. Saya juga mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris, apabila saya meminta murid-murid bertepuk tangan apabila murid-murid mampu melakukan cara pergerakan haiwan dengan betul sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid agar mereka terus aktif dalam pembelajaran. Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat penting kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang berkaliber dan dedikasi, kita perlulah bijak mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping murid-murid tidak bosan dengan pengajaran kita.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin.

Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada diri saya juga membantu saya menyempurnakan pengajaran makro pada hari tersebut. Saya telah merendahkan laras bahasa dan aras kemahiran ketika mengajar suatu kemahiran kerana saya perlu berhadapan dengan banyak soalan yang dikemukakan oleh murid-murid saya yang majorotitnya mempunyai masalah pembelajaran dengan bilangan yang terlalu ramai, saya masih dapat menyampaikan segala kandungan pembelajaran saya dengan lancar tanpa sebarang masalah ketidakfahaman bahasa.

Penggunaan pelbagai media bahan bantu mengajar, iaitu slaid-slaid power point dan juga permainan teka-teki, serta latihan yang menarik yang telah saya gunakan semasa menjalankan pengajaran makro juga membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P, dan membolehkan mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Oleh itu, BBM dan juga latihan juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya dan berkesan.

Secara keseluruhannya, saya mendapat maklum balas daripada rakan sekerja saya bahawa pengajaran makro yang telah saya laksanakan pada hari tersebut adalah mantap dengan penerangan yang jelas, nada suara yang kuat dan baik, intonasi yang menarik dan arahan yang agak jelas. Sesungguhnya ini amat mengejutkan saya, tetapi gembira memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjalankan pengajaran makro bersama dengan murid-murid kelas LINUS.

Kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti

Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan agak berjaya, tetapi saya mendapati bahawa beberapa orang murid tertekan dan kurang riang semasa saya mengajar. Pada masa itu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri: Adakah saya terlalu garang atau tegas semasa mengajar? Adakah murid-murid tersebut tidak dapat mengikuti apa yang sedang saya ajar? Selepas melihat semula proses pengajaran makro saya menerusi rakaman video, saya mendapati dan sedar bahawa rupa-rupanya unsur humor atau kecindaan semasa mengajar masih kurang dalam diri saya. Hal ini demikian kerana saya mendapati bahawa saya agak serius dan kadang-kala tidak senyum semasa mengajar, memandangkan saya agak cemas dan gementar ketika menjalankan pengajaran makro tersebut. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan tegas orangnya.

Semasa melihat semula rakaman pengajaran makro saya, saya juga mendapati bahawa saya selalu ke sana ke mari di hadapan papan putih apabila saya sedang berfikir atau semasa mengadakan interaksi dengan murid-murid. Saya sedar bahawa tindakan ini akan mengganggu kelancaran dan proses pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. Jadi, ia memerlukan satu tempoh masa yang agak panjang untuk saya berubah.

Aspek kelemahan lain yang dapat saya kenalpasti semasa menonton semula rakaman pengajaran makro saya ialah saya seakan-akan hanya berdiri statik di hadapan papan putih sahaja dan tidak bergerak ke sana sini untuk mendekati diri dengan murid. Murid-murid akan beranggapan bahawa guru tersebut hanya akan berada di tempat itu sampai tamat kelas dan tidak akan datang ke meja mereka. Lantas mereka pun mula kurang memberikan fokus dan mula membuat kerja mereka sendiri. Walaupun saya tidak sedar bahawa saya tidak mempunyai banyak pergerakan semasa mengajar, namun, aspek ini begitu ketara dan jelas kelihatan apabila saya melihat semula pengajaran makro saya.

Daripada maklum balas rakan sekerja saya, dia merasakan bahawa kadar percakapan saya adalah terlalu cepat. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan murid-murid tidak dapat mendengar apa yang hendak saya sampaikan semasa mengajar. Kesannya, murid-murid mungkin akan tertinggal dalam pelajaran atau gagal melakukan apa-apa perkara yang telah saya arahkan. Maklum balas pertama saya selepas saya mendapat tahu perkara ini ialah: Adakah pernyataan ini benar? Ataupun tanggapan rakan sekerja saya? Selepas mengimbas kembali apa yang berlaku semasa pengajaran makro, saya juga mendapati masalah yang sama. Oleh itu, ini memberikan satu kesedaran kepada saya bahawa apabila saya mengajar kelak, saya perlu bercakap pada kadar yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan pastikan bahawa setiap murid faham akan apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya.

Tuntasnya, masih terdapat banyak kelemahan yang terdapat pada diri saya semasa menjalankan pengajaran makro, seperti kurang prihatin, tulisan murid yang cakar ayam, dan sebagainya selain daripada kelemahan yang disebutkan di atas. Kelemahan-kelemahan ini mungkin tidak begitu serius atau ketara semasa mengajar, tetapi saya percaya bahawa ia tetap akan memberikan kesan yang tidak baik pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, saya perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dapat saya ketengahkan seperti yang disenaraikan di atas.

Cadangan penambahbaikan

Untuk mengatasi masalah kekurangan unsur kecindaan atau humor semasa mengajar, saya sedar bahawa saya perlulah sentiasa senyum dan mempamerkan riak wajah yang ceria kepada murid-murid. Hanya dengan ini murid-murid akan berasa bahawa gurunya adalah seorang yang ceria dan mudah didekati. Selain itu, saya juga boleh mencari atau memikirkan beberapa jenaka lawak yang boleh dikongsikan bersama di kelas semasa rehat atau ketika perantaraan antara peringkat pengajaran. Dengan berbuat demikian murid-murid mungkin akan beranggapan bahawa guru tersebut mempunyai unsur kecindaan yang amat tinggi.

Selain itu, saya juga perlulah mencuba untuk mengubah tabiat saya  ke sana ke mari di hadapan papan putih berfikir atau semasa berinteraksi dengan murid-murid. Dengan mengubah tabiat seperti ini, saya percaya bahawa saya akan dapat menyampaikan kandungan saya dengan lebih lancar dan ia akan lebih mempamerkan sifat profesional saya sebagai seorang guru yang mulia dan beretika.

Pada aktiviti pengajaran yang seterusnya, saya juga akan berusaha untuk melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, dengan kadar yang sesuai. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa pergerakan yang terlampau banyak juga kurang sesuai kerana ia boleh dianggap sebagai satu gangguan kepada murid-murid. Oleh itu, memiliki sedikit pergerakan di dalam bilik darjah nescaya mampu menarik perhatian murid dan menyebabkan mereka fokus kepada pembelajaran tanpa berani melakukan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

Di samping itu, saya juga akan mencuba untuk mengawal kadar pertuturan saya agar tidak terlalu cepat atau terlalu perlahan. Mungkin saya boleh berhenti seketika untuk membolehkan murid-murid memikir sejenak apa yang telah saya sampaikan atau bertanya kepada murid-murid sama ada mereka faham atau dapat mengikuti pelajaran sebelum saya meneruskan topik pembelajaran yang seterusnya. Dengan cara ini, saya dapat memastikan bahawa tiada murid yang tidak faham atau tertinggal pelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran saya.

Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat merancang apakah yang hendak saya lakukan di samping menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima.

Penutup

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan yang sangat tinggi kepada saya bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada pengajaran yang seterusnya.



Sharing is caring ^_^

Posted by Unknown at 8:30 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Google Translate

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Jadual tugasan setiap minggu

Notis penting

Facebook 电子名片

Loh Siew Yoke

创建你的Facebook电子名片

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Loh Siew Yoke

Loh Siew Yoke

Berapa orang sedang melayari blog saya

Berapa lama berada di tapak ini

Pengikut

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya



Arkib Blog

  • ▼  2012 (13)
    • ▼  November (8)
      • Pengenalan Blog
      • Cara Pergerakan Haiwan
      • Rancangan Pengajaran Harian
      • Contoh Lembaran Kerja
      • Laporan Refleksi
      • Video Makro Pengajaran
      • Pembudayaan ICT Di Sekolah
      • Pihak Pentadbir Dan Guru-guru Di SJK(C) Chien Chi
    • ►  Oktober (5)
Tinggal jejak ye.. ^_^
Background.MyEm0.Com
Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh merrymoonmary. Dikuasakan oleh Blogger.
Copyright© All Rights Reserved D052773.blogspot.com